Auto Added by WPeMatico

![]()
PELAKON sensasi dan ahli politik, Kangana Ranaut sekali lagi menjadi perhatian apabila kenyataannya mengenai Generasi Z (Gen Z) mencetuskan gelombang kritikan dalam media sosial.
Menerusi beberapa hantaran dalam Instagram Story, Kangana melabel sebahagian anak muda Gen Z sebagai ‘Generation Gutter’ (longkang) selain mendakwa golongan tersebut tidak mempunyai nilai, disiplin dan tanggungjawab.
Kenyataan itu dibuat ketika mengulas video-video protes yang tular di India berkaitan isu pendidikan dan kebocoran peperiksaan.
Dalam hantaran sama, Kangana turut mengkritik cara sebahagian peserta protes bertutur dan berkelakuan, malah menyifatkan kandungan video yang ditonton sebagai menjijikkan.
“Tidak pernah dalam hidup saya melihat begitu banyak keburukan di satu tempat. Nak muntah tengok gambar dan video Gen Z melakukan protes. Sangat kasar dan menggelikan. Siapa yang melahirkan dan membesarkan mereka?” tulisnya dalam Instagram.
Dia juga membuat kenyataan kontroversi terhadap sebahagian wanita muda Gen Z dengan mendakwa mereka terlalu mengejar kebebasan tanpa memikul tanggungjawab.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut segera mengundang kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pengguna media sosial, ahli politik dan selebriti Bollywood yang menganggap kenyataan Kangana terlalu umum serta menghina keseluruhan generasi muda.
Pelakon Sonu Sood antara yang tampil memberi reaksi dengan menyatakan setiap individu, khususnya tokoh awam, perlu lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung sesuatu kelompok masyarakat.
Dalam media sosial pula, ramai mempertahankan Gen Z dengan menegaskan tidak adil untuk menghukum seluruh generasi berdasarkan tindakan segelintir individu.
Ada juga yang berpendapat golongan muda hari ini lebih lantang menyuarakan pandangan terhadap isu semasa dan situasi itu adalah perkara yang perlu diraikan.
The post Padah kritik Gen-Z, aktres hebat kena maki appeared first on Kosmo Digital.


