Auto Added by WPeMatico

![]()
JOHOR BAHRU – Indeks statistik jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) merekodkan penurunan satu peratus dengan 465 kes direkodkan berbanding 472 kes.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahinder Singh berkata, kejayaan itu direkodkan sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober tahun ini.
“Pencapaian itu bukan sekadar statistik kosong, sebaliknya membuktikan keberkesanan pendekatan baharu yang dilaksanakan sejak tahun lalu melalui analisis pola jenayah dan pemprofilan suspek.
“Penurunan 47 peratus laporan jenayah adalah antara kejayaan paling membanggakan hasil perancangan strategik bersama rakan-rakan agensi sejak Julai tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Khas Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara di Dewan MBIP, Skudai di sini hari ini sempena kenaikan pangkat.
Balveer Singh dinaikkan pangkat menggalas tugas sebagai Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) sebanyak 1,825 individu berjaya ditahan atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang tempoh berkenaan, menjadikan tahun ini antara operasi paling besar terhadap penjenayah narkotik.
Tambahnya, polis turut memberkas 62 penagih berulang di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, tindakan yang disifatkan amat berkesan membendung ‘penjenayah tegar’ daripada terus mengulangi kesalahan.
“Turut menjadi perhatian ialah rampasan 81.44 kilogram (kg) dadah membabitkan nilai mencecah RM9.7 juta selain penyitaan aset sindiket berjumlah RM1.83 juta hasil operasi besar-besaran memburu pengedar.
“Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) pula mencatat peningkatan drastik dengan 555 kertas siasatan dibuka, meningkat 379 kes berbanding 2024 yang hanya mencatat 176 kes,”katanya.
Jelasnya, dalam menangani jenayah komersial yang semakin kompleks, polis berjaya menyelesaikan 50.35 peratus kes sekaligus menunjukkan komitmen tinggi dalam mengekang penipuan kewangan dan scam siber. – KOSMO! ONLINE
The post Indeks jenayah menurun, dadah lebih RM9.7 juta dirampas appeared first on Kosmo Digital.