Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang lelaki disyaki kurang siuman berkerusi roda mengundang rasa cemas orang ramai apabila bertindak membaling dua biji batu ke arah kereta.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Lunoxxy0 malam tadi, kejadian tersebut dirakam olehnya ketika dia sedang berjalan untuk mengambil air.
Difahamkan kejadian itu berlaku di kawasan pejalan kaki, di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Kelihatan seorang lelaki menaiki kerusi roda mengamuk sendirian sebelum bertindak mengambil dua biji batu besar dan membalingnya ke arah kereta yang melalui kawasan jalan raya tersebut.
“Kasihan dua kereta yang kena baling batu besar, tak pasal-pasal,” katanya pada hantaran tersebut.
Bagaimanapun pemilik video itu berkata, seorang anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melihat kejadian itu bertindak segera dengan menolak semua batu yang dikumpulkan ke tempat lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan kebimbangan mereka terhadap keselamatan orang ramai yang turut melalui kawasan itu.
“Bayangkan pemandu kereta yang kena baling batu sampai pecah cerminnya ada masalah duit atau baru dapat kerja? Tak kisah lah orang kurang upaya (OKU) ke apa, jangan lah susahkan orang lain,” ujar Eggcitedtobite.
“Dekat kawasan ni memang ramai orang yang sakit. Mereka ganggu orang awam dan suka minta duit nak makan,” tambah Aieadam.
Ada juga yang berpendapat tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa atau ahli keluarga lelaki berkenaan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.
“Pihak berkuasa tolong lah buat kerja bawa mereka ni ke tempat yang sepatutnya. Janganlah biar mereka merayau sana-sini sampai ganggu orang lain,” kata Nrfaradayana. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] ‘Tak pasal-pasal kena baling batu’ appeared first on Kosmo Digital.
