Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tujuh negeri sehingga pukul 11 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Putrajaya, Johor dan Sarawak dilanda cuaca buruk.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Kedah di Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Hujan turut diramal berterusan berlaku di seluruh negeri Pulau Pinang manakala Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung, Perak turut terjejas.
“Selain itu, cuaca yang sama turut berlaku di Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, Selangor termasuk Putrajaya,” ujarnya.
Cuaca buruk turut melanda Johor di Pontian dan Johor Bahru manakala di Sarawak, hanya daerah Limbang terjejas. –KOSMO! ONLINE
The post Hujan lebat landa 7 negeri appeared first on Kosmo Digital.