Auto Added by WPeMatico

![]()
LAWAS – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang petugas Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu di Sungai Ulu Temburong, di sini masih belum dapat diaktifkan berikutan lokasi kejadian berada dalam wilayah Brunei.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sebarang operasi SAR ketika ini tertakluk kepada tindakan dan kebenaran pihak berkuasa Brunei.
“Tindakan pemakluman kes orang hilang kepada Polis Negara Brunei dan Interpol Kuching serta kedutaan Malaysia di Brunei telah dibuat oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Arahan lanjut adalah berdasarkan maklumat pihak berkenaan dan pos kawalan tempat kejadian (PKTK) akan diaktifkan bertujuan untuk pengumpulan maklumat,” katanya hari ini.
Terdahulu, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas telah digerakkan ke lokasi sebaik menerima laporan, namun operasi terpaksa ditamatkan pada pukul 10.10 malam semalam.
Dalam kejadian pada 17 Mac lalu, mangsa bersama lima lagi petuga Jupem dilaporkan bergerak dari kem asas ke kawasan sungai berkenaan bagi menjalankan aktiviti riadah.
Sekitar pukul 8.30 malam, arus sungai menjadi deras susulan hujan lebat sebelum mangsa dipercayai dihanyutkan ketika cuba menyeberangi sungai untuk ke lokasi perkhemahan.
Lima lagi petugas Julem sempat menyelamatkan diri dan melakukan pencarian awal, namun mangsa masih belum ditemui sehingga kini. – KOSMO! ONLINE
The post Petugas Jupem hilang: SAR ditangguh, kejadian dalam wilayah Brunei appeared first on Kosmo Digital.

