Auto Added by WPeMatico

Apa yang saya boleh cakap, menitik-nitiklah peluh Hun Haqeem tu. Saya pun berpeluh juga. ‘Nervous’ aku! ,” katanya ketika ditemui di set penggambaran drama Cela, di sini, baru-baru ini.
Auto Added by WPeMatico

Apa yang saya boleh cakap, menitik-nitiklah peluh Hun Haqeem tu. Saya pun berpeluh juga. ‘Nervous’ aku! ,” katanya ketika ditemui di set penggambaran drama Cela, di sini, baru-baru ini.

Semoga cinta kita sentiasa mendekatkan kita kepada Allah sehingga kita dipertemukan kembali di Jannatul Firdausi (syurga), insya-Allah,” katanya dalam Instagram.

SELAKU hos berpengalaman, personaliti televisyen popular Elly Mazlein teruja melihat ramai bakat baharu terutamanya, Azeva yang mula mengorak langkah dalam bidang pengacaraan.
Pada masa sama, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, menitipkan pesanan mendalam buat hos muda agar sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan sebelum mengendalikan sesebuah program.
Saya gembira melihat adik-adik yang dah mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan. Dengan adanya Azeva dan Cik B, saya rasa inilah satu langkah yang baik untuk industri tanah air kita tapi dengan satu syarat semua pendatang baharu kena ada pengetahuan juga.
“Tanggungjawab seorang pengacara bukan mudah. Memang boleh gila-gila macam saya tapi dalam masa sama kita kena tahu format program.
“Kita kena tahu tugasan kita sebagai pengacara supaya info yang kita dapat disampaikan dengan baik. Dalam masa sama kita selitkan dengan perangai kita yang kelakar,” katanya kepada HibGlam pada majlis Raikan Cinta bersama Jakel Square, di Ever Glory Kuala Lumpur, hari ini.
Menyentuh mengenai kritikan awal yang diterima segelintir bakat baharu, Elly atau mesra di sapa Kak Lina Pom Pom itu berharap orang ramai tidak terlalu cepat menghakimi, memandangkan mereka masih berada di fasa awal pembelajaran.
“Jangan jadi ‘joy killer’. Bila dah ada orang baharu, kita kena percayakan dia sebab dia baru minggu pertama (mengacara).
Ramai yang sebut Azeva jelmaan Kak Lina Pom Pom 2.0. Tidak mengapa, yang mana awak rasa benda itu boleh menggembirakan orang, tak apa nak tiru.
“Rezeki masing-masing, saya nampak Azeva selesa di atas pentas. Kalau dia ambil cara saya itu satu pujian bagi saya, ada orang jadikan saya contoh,” jelasnya.
Menyambut baik kewujudan pengacara baharu, Elly berharap industri hiburan terus melahirkan lebih ramai pelapis bagi mengisi kekosongan slot pengacaraan majlis dan program besar di Malaysia.
Saya ‘love’ (suka) Azeva walaupun dia kali pertama tapi kita nampak yang dia betul-betul seronok dan tahu apa kena buat begitu juga dengan Cik B.
“Saya harap ada ramai lagi adik-adik baru kita cungkilkan diri supaya dapat menjadi pengacara sebab Malaysia memang kekurangan pengacara.
“Kalau boleh saya nak ramai lagi sebab memang di Malaysia kita ketandusan pengacara yang boleh mengendalikan sesebuah majlis atau program,” luahnya.
Sebelum ini, Azeva diumumkan sebagai hos program Big Stage X Rocketfuel bergandingan dengan Nabil Ahmad.
Terdahulu, anak penerbit Datuk A. Aida itu menduduki tempat keempat dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2). – HIBGLAM

SELEPAS acapkali gagal dalam percintaan, penyanyi Taylor Swift akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak Amerika, Travis Kelce.
Mereka disatukan dalam sebuah majlis serba mewah di Madison Square Garden, New York City.
Difahamkan, pasangan itu memilih busana eksklusif rekaan Christian Dior Haute Couture yang direka khas Jonathan Anderson.
Sebaik sahaja diisytiharkan sebagai suami isteri, skrin gergasi di luar Madison Square memaparkan ucapan ‘JUST T&T MARRIED!’ sebagai meraikan detik bersejarah pasangan berkenaan.
Berbeza dengan kebiasaan, Taylor dan Travis tidak memilih pengiring pengantin perempuan atau lelaki.
Sebaliknya, abang Taylor iaitu Austin Swift bertindak sebagai Man of Honor, manakala abang Travis, Jason Kelce, menjadi Best Man.
Majlis perkahwinan mereka pula dikendalikan rakan baik pasangan itu iaitu Adam Sandler.
Majlis tersebut turut dihadiri ramai selebriti terkenal termasuk Gigi Hadid, Bradley Cooper, Dakota Johnson, Ed Sheeran, Ellie Goulding, Karlie Kloss, Hugh Grant, Jimmy Fallon dan Tommy Hilfiger.
Sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung, Taylor dan Travis terlebih dahulu mengadakan majlis makan malam bersama keluarga serta rakan-rakan rapat di Infosys Theatre sebagai pembuka tirai sambutan perkahwinan mereka.
Sebelum ini, Taylor dan Travis mula menjalin hubungan cinta pada September 2023 selepas penyanyi itu berpisah dengan pelakon Joe Alwyn.
Pasangan tersebut kemudian dilaporkan mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu. – HIBGLAM

TERBUKA menyuarakan sokongan, pelakon Fatiya Latiff menitipkan kata-kata semangat buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang berhadapan penangguhan keputusan rayuan akhir kesnya, semalam.
Fatiya atau nama lengkapnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berharap bekas Menteri Belia dan Sukan itu terus cekal serta bersabar dalam menghadapi sebarang situasi yang tidak dijangka.
“Saya benar-benar berharap Syed Saddiq terus bersabar dan kekal kuat dalam menghadapi tempoh yang mencabar ini.
“Kelewatan dan perkara yang tidak dijangka sememangnya boleh mendatangkan rasa kecewa.
“Namun saya berharap beliau terus yakin dengan proses keadilan serta diberikan kekuatan untuk terus bertahan sehingga segala urusan ini diselesaikan,” tulisnya dalam platform Threads.
Menerusi hantaran lain, pelakon drama bersiri Ariana Rose itu turut meluahkan pandangan berkenaan situasi tidak dijangka terutama membabitkan kesihatan yang boleh berlaku kepada sesiapa pun.
“Badan kehakiman Malaysia memainkan peranan penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang serta memastikan keadilan dilaksanakan secara adil dan berintegriti.
“Namun, hakim juga manusia biasa dan ada kalanya berdepan keadaan di luar jangka, seperti masalah kesihatan yang sememangnya tidak dapat dielakkan,” ujarnya.
Semalam sepatutnya Syed Saddiq mendapat keputusan rayuan yang
disampaikan panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Begitupun, Datuk Seri Abu Bakar memaklumkan keputusan rayuan akhir itu ditangguhkan ke tarikh 13 Julai ini selepas Datuk Che Mohd Ruzima cuti sakit selama dua hari.
Pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq, 33, daripada empat pertuduhan selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.
Kemudian Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan sehari selepas keputusan tersebut. – HIBGLAM

PELAKON Meerqeen tampil menepis dakwaan kononnya bercuti bersama kekasih di Bali, Indonesia selepas tular beberapa foto di media sosial.
Pemilik nama sebenar Muhammad Shameer Shauqee Shaiful Izam, 25, itu berkata, dakwaan mengaitkannya dengan seorang wanita hanya kerana mereka berada di lokasi sama merupakan tuduhan tidak berasas.
“Bukan saya hendak mempertahankan diri, tetapi awak tahu tak bagaimana konsep acara itu? Ramai orang berada di situ.
“Perempuan itu bukan pasangan saya atau apa-apa. Saya sudah penat dengan benda macam ini. Pergilah cari perkara yang boleh menggembirakan hati,” katanya dalam respons kepada satu hantaran di Threads.
Sebelum ini, beberapa gambar Meerqeen ketika menghadiri acara di Bali tular dalam media sosial sehingga mencetuskan dakwaan dia sedang bercuti bersama seseorang.
Difahamkan aktor itu di pulau peranginan tersebut bagi menghadiri sebuah acara bersama beberapa rakan artis.
Pada hantaran sama, pelakon filem Klepet itu turut berharap pihak berkaitan menghentikan tabiat mencari kesalahan orang lain.
“Jangan asyik mencari kesalahan orang. Saya tidak benci awak, tetapi tolonglah berhenti,” ujarnya.
Menerusi ruangan komen, ramai tampil mempertahankan aktor terbabit selain menyifatkan tuduhan dilemparkan sebagai keterlaluan.
“Sudah kehabisan modal ke? Asal duduk sebelah perempuan sahaja terus kata bercinta, asal Meerqeen sahaja semua salah. Kalau orang lain boleh, semua halal kecuali Meerqeen,” kata seorang netizen.
Seorang lagi pemilik akaun Threads turut meluahkan rasa kurang senang apabila setiap pergerakan pelakon itu dirakam sebelum dimuat naik ke media sosial.
“Bukanlah hendak cakap Meerqeen itu maksum, tetapi penatlah apabila semua benda hendak diambil gambar, dirakam skrin atau tangkap layar sebelum dimuat naik ke Threads,” tulisnya. – HIBGLAM

PENGARAH Michael Ang meluahkan rasa terkilan dengan segelintir kru produksi yang mengambil mudah soal pengurusan jadual sehingga menyusahkan ramai pihak, terutamanya pelakon.
Menurut Michael, 50, sikap tidak bertanggungjawab sebegitu sering menjadi punca dirinya hilang sabar di set penggambaran.
“Dalam produksi ada macam-macam perangai kan. Jadi, selalu orang dengar Michael Ang garang tapi sebenarnya mereka tak sedar diri.
“Tapi sebenarnya kesalahan dia yang menyusahkan ramai hidup orang termasuk artis-artis semua.
“Kita penggambaran di Sekinchan dan kau suruh artis datang tapi dia tiada babak. Bila tanya kau cakap terlepas pandang.
Saya memang nak haramkan perkataan terlepas pandang itu, bukan sekali dua — dah banyak kali. Pernah jadi dalam set ini, geram sangat sebab itu saya muat naik,” katanya kepada HibGlam semasa lawatan media ke set penggambaran drama Wish List, semalam.
Meskipun marah, pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu terpaksa menahan sabar demi memastikan kelancaran penggambaran.
“Benda itu nak tak nak sebagai pengarah atau penerbit, kita telan saja sebab kalau marah lebih-lebih dan halau dia kena buat semua balik.
Jadi telan saja kerja dengan dia sampai habis. Selepas itu padam saja macam orang itu tak wujud.
“Kalau jumpa dekat luar pun buat macam dia pokok. Senang,” ujarnya.
Tambahnya, memaki hamun atau memarahi individu bermasalah hanya akan menambah beban kewangan produksi.
“Sama juga macam pelakon yang tak berdisiplin, saya pun layan macam itu.
“Ada saja pelakon yang saya pernah ‘direct’ dan tak guna dah selepas itu.
Kalau saya maki dan dia lari, lagi menyusahkan. Saya kena keluar duit dan buat penggambaran semula, lagi seksa.
“Lebih baik saya senyap saja, buat penggambaran sampai habis dan selepas itu tak perlu guna lagi,” jelasnya.
Semalam, Michael memuat naik hantaran dalam Instagram meluahkan kemarahannya berkenaan drama di set penggambaran. –HIBGLAM

ANAK kepada pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin terus mencipta nama dalam arena olahraga apabila berjaya memecahkan rekod acara 110 meter (m) lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026.
Bukan itu sahaja, Rayyan,17, yang mewakili kontinjen Selangor turut mempamerkan prestasi cemerlang apabila meraih tempat kedua dalam acara 100m dan ketiga bagi acara 200m, sekali gus melengkapkan pencapaian membanggakan pada kejohanan berprestij yang menghimpunkan atlet-atlet terbaik MRSM dari seluruh negara.
Rita Rudaini, berkata kejayaan diraih anak sulungnya itu merupakan hasil usaha, disiplin dan pengorbanan yang tidak pernah putus sepanjang menjalani latihan.
Rita meluahkan rasa bangga melihat kesungguhan Rayyan yang sentiasa komited untuk memberikan persembahan terbaik dalam setiap pertandingan.
“Saya sangat bersyukur dan bangga dengan pencapaian Rayyan. Apa yang dikecapinya hari ini adalah hasil kerja keras serta komitmennya sendiri.
“Terima kasih kepada semua jurulatih, guru, pihak MRSM, rakan-rakan sepasukan dan semua yang sentiasa memberi tunjuk ajar, doa serta sokongan sepanjang perjalanan ini,” katanya.
Rita juga berharap kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat buat puteranya itu untuk terus berusaha mengembangkan bakat dalam sukan olahraga, di samping menjadi inspirasi kepada remaja lain agar tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian masing-masing. – HIBGLAM

KALAU diimbas kembali, Anna Jobling bukanlah juara pada pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2018/2019.
Namun, rezeki dan aturan perjalanan karier seninya tampak jauh lebih menyerlah, termasuklah apabila dia berjaya membina nama dan tapak yang kukuh di negara seberang, Indonesia.
Kejayaan demi kejayaan yang diraih membuktikan kerja keras pemilik nama lengkap Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu akhirnya membuahkan hasil yang lumayan menerusi lambakan naskhah yang hebat.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia lakonan, pelbagai karya bergenre romantik, seram, mahupun komedi sudah pun berjaya dilunaskan dengan baik.
Bagaimanapun, kelibat wanita berusia 26 tahun itu dilihat agak jarang atau hampir tiada langsung dalam naskhah yang berorientasikan aksi.
Menurut Anna, dia sebenarnya pernah menerima pelawaan untuk membintangi naskhah sedemikian, namun terpaksa menolaknya secara baik atas faktor komitmen masa.
Malah, dia sentiasa bersikap terbuka sekiranya diberikan tanggungjawab tersebut pada masa hadapan.
“Mungkin kalau ada pengarah dan penerbit tawarkan yang lain daripada lain, saya akan pertimbangkan.
“Ada (dapat tawaran). Cuma kena ikut jadual, kadang-kadang dapat tawaran tapi jadual tidak mengizinkan.
“Jadi, saya terpaksa berkorban. Saya okey nak buat filem aksi,” katanya membuka bicara.
Dalam masa sama, pelakon drama popular Melur Untuk Firdaus itu bersedia untuk membuktikan kemampuan fizikalnya di set penggambaran naskhah aksi walaupun ada pihak berpandangan imejnya kurang bersesuaian.
“Saya memang okey saja dan tiada masalah langsung nak buat naskhah aksi.
“Saya bersedia nak cuba benda baru walaupun ada orang cakap tak sesuai dengan saya.
“Tidak kisah apa orang nak cakap, saya akan buat apa yang saya nak lakukan,” ujarnya.
Kerjaya di Indonesia
Menyentuh perkembangan di negara seberang, Anna bakal kembali ke Indonesia selepas menyelesaikan projek di Malaysia.
“Alhamdulillah okey, cuma buat masa sekarang saya tengah sibuk menjalani penggambaran di Malaysia.
“Jadi, selepas ini saya akan ke Indonesia untuk menyambung penggambaran di sana.
“Saya pun tak nak tinggal sana lama sangat sebab banyak kerja di sini juga dan Malaysia sememangnya rumah saya. Jadi, saya kena seimbangkan karier di sini dan di Indonesia,” jelasnya.
Anna kini terlibat dalam drama terbaharu berjudul Dink! I Love You… terbitan platform UTV.
Anna turut berkongsi keterujaan tentang penglibatannya dalam projek drama terbaharu berjudul Dink! I Love You… yang ditayangkan menerusi platform penstriman UTV.
“Saya tak pernah buat cerita tentang sukan dan sekarang Pickleball jadi sangat popular dan semua orang boleh main.
“Jadi, saya rasa ini satu cabaran untuk saya berlakon. Sebelum buat cerita ini saya main Pickleball sekali dua sahaja.
“Saya ambil sebagai cabaran dan saya anggap sebagai satu benda yang seronok untuk dilakukan,” katanya.
Selain Anna, naskhah romantik tersebut turut dibintangi Arfie Shah, Aedy Ashraf, Dottie dan Juzzthin.