Auto Added by WPeMatico

PENYANYI Zizi Kirana berharap orang ramai lebih fokus pada isu kemanusiaan terutama tentang perjuangan mereka yang kini berlayar menghulur bantuan ke bumi Gaza, Palestin.
Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil berkata, lambakan cerita sensasi perihal rumah tangga dan politik yang berulang membuatkan dia bosan selain ingin memberi fokus terhadap misi kemanusiaan Sumud Flotilla ketika ini.
“Isu politik atau rumah tangga. Itu sahaja, bosan sangat dan cuba fokus pada misi kita.
Anda ada di daratan untuk beri kesedaran tentang misi di Sumud Flotilla. Kalau terjadi apa-apa kepada kami, anda adalah saksi.
“Pergerakan ini merupakan misi kemanusian dan bukan untuk berperang,” katanya dalam siaran langsung TikTok baru-baru ini.
Tambah Zizi, dia bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana masih berpeluang untuk hidup di sebuah negara aman berbanding rakyat Palestin yang ketika ini memerlukan sokongan daripada seluruh dunia.
“Malaysia tiada kebuluran. Jangan samakan ujian kita dengan bumi Palestin yang memang habis-habisan dikerjakan zionis.
“Alhamdulillah kita masih boleh makan, tidur dan lepak mamak. Bersyukur kita duduk di Malaysia dan masih ada makanan serta ubat-ubatan.
“Orang di Gaza tiada makanan dan rumah. Kalian rasa sama ke ujian kita di Malaysia, sebab itu kita patut bersyukur,” jelasnya.
Ketika ini, Zizi kini berlayar menuju ke Gaza untuk misi kemanusian Global Sumud Flotilla selepas berlabuh di Sidi Bou Said, Tunisia.
Terdahulu, misi kemanusian tersebut kini memulakan pelayaran bersejarah menuju Gaza dengan jangkaan tiba di perairan wilayah bergolak itu dalam tempoh lapan hingga 10 hari.
Bersama kesemua delegasi Malaysia terdiri daripada 15 orang yang menyertai misi Global Sumud Flotilla, Zizi selamat tiba ke Tunisia setelah belayar dari Sepanyol.
Selain Zizi, misi tersebut turut disertai pelakon dan usahawan Ardell Aryana. – HIBGLAM
The post ‘Kalau terjadi apa-apa kepada kami, anda adalah saksi’ appeared first on HibGlam.