Auto Added by WPeMatico

HANYA dengan sekali lafaz, pelakon Pablo Amirul sah bergelar suami kepada pakar estetik, Dr. Hana Rose selepas selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan yang berlangsung pukul 12.30 tengah hari, hari ini.
Pasangan terbabit dinikahkan jurinikah Ustaz Syed Abdullah dengan berwalikan bapa Dr. Hana dan bersaksikan abang pengantin perempuan, Datuk Dr. Awang Faisal.
Pablo atau nama sebenar, Amirul Hisyam Mohd Sakri, 41, menyerahkan wang tunai sebanyak RM800, peralatan solat dan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin, manakala hantaran dirahsiakan.
Majlis pernikahan yang diadakan di The Dove Hall Kuala Lumpur itu turut dihadiri rakan artis termasuk Rozita Che Wan, Zain Saidin, Ellie Suriaty dan Chacha Maembong.
Sebelum ini, pelakon filem Air Force The Movie itu berkongsi gambar pra perkahwinan bersama kad undangan maya dalam laman sosial miliknya.
Tidak menyembunyikan hubungan dengan wanita pilihan hatinya itu, percintaan mereka mula terjalin sejak Mac tahun lalu.
Dalam satu temu bual, Pablo mengakui bukan saja selesa akrab dengan Dr. Hana Rose, bahkan bersyukur hubungan mereka turut direstui keluarga masing-masing. – HIBGLAM
