Auto Added by WPeMatico

PELAKON Nadia Brian mengakui terkejut apabila didakwa menanggung kekasihnya, Nedim Nazri yang baru-baru ini dikatakan tidak berduit.
Menurut Nadia, 35, perkara itu tidak berlaku dan menganggapnya sebagai fitnah yang sengaja menjatuhkan mereka.
“Ini fitnah dan tidak benar. Kelakar, macam manalah orang boleh tabur fitnah untuk menjatuhkan individu lain.
Sebagai anak seni, saya tidak sedih sebab sudah terbiasa dengan perkara sebegini (fitnah). Benda yang kita tak buat tetapi orang cakap kita lakukan, ada saja tak kena.
“Cuma terkejut dan harap orang ramai dapat terus mendoakan kami berdua ke arah lebih baik dan bahagia, insya-Allah,” katanya kepada HibGlam hari ini.
Dalam masa sama, dia juga sempat memberi peringatan kepada penabur fitnah mengenai hubungannya dengan Nedim agar berhenti melakukan perbuatan itu.
“Semua ini benda-benda yang nak mengaibkan.
Kepada sesiapa yang buat cerita, maaf sebab fitnah ini tak jalanlah.
“Lebih baik doakan yang baik-baik, kita semua akan bahagia, insya-Allah,” ujarnya.
Semalam, Kosmo! Online melaporkan Nedim terkedu apabila dituduh sebilangan netizen kononnya tidak memiliki pendapatanyang kukuh.
Malah, Nedim atau nama sebenarnya, Mohamed Nedim Mohamed Nazri tidak menyangka ada dalam kalangan netizen percaya dirinya tidak lagi berduit sehingga terpaksa menumpang kemewahan Nadia.
Untuk rekod, Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun rumah tangga mereka hanya bertahan empat bulan dan bercerai pada April 2020.
Manakala Nedim pula mendirikan rumah tangga dengan Nora Danish pada 30 Mac 2017 dan berpisah sekitar hujung April tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia tujuh tahun. – HIBGLAM