Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Desa Relau 2, Desa Iswara, Sungai Ara, Balik Pulau pada pagi 14 September lalu.
Remaja berkenaan dikenali sebagai Muqsit Illyasa bin Muhammad Tiras, 14, kali terakhir dilihat meninggalkan rumah sekitar pukul 11 pagi dengan memakai kemeja T berwarna kelabu, seluar hitam serta topi.
Menurut ahli keluarganya, laporan polis telah dibuat, namun sehingga kini Muqsit masih belum ditemui.
“Kami mohon jasa baik orang ramai, khususnya warga Pulau Pinang, untuk membantu menjejaki anak saudara kami. Harapan kami agar dengan kuasa tular, Muqsit segera ditemui dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kelibat remaja tersebut diminta segera menghubungi balai polis terdekat atau terus menghubungi pihak keluarga. – KOSMO! ONLINE
The post Dimanakah Muqsit Illyasa? appeared first on Kosmo Digital.