Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – “Doakan yang baik-baik.”
Itu maklum balas pengurus kepada pelakon Fattah Amin dikenali sebagai Aca mengulas desus-desus berkenaan pernikahan antara aktor itu dengan penyanyi Amira Othman yang didakwa semakin hampir.
Tindakan tidak mengiyakan mahupun menidakkan spekulasi tersebut membuatkan hati peminat berbunga-bunga selain yakin pasangan sensasi itu bakal disatukan dalam tempoh terdekat.
Kenyataan dikeluarkan individu terdekat duda terhangat itu dalam siaran langsung di platform TikTok mengundang pelbagai respons peminat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan teruja dan mendoakan agar hubungan Fattah dan Amira dipermudahkan hingga ke jenjang pelamin.
“Alhamdulillah kalau Aca cakap macam itu faham-faham sajalah. Tak sabar,” kata netizen.
“Insya-Allah mungkin mereka sedang buat persiapan tu,” tulis seorang peminat.
“Semoga dipermudahkan segala urusan Fattah dan Amira, ada jodoh tak ke mana dan akan sampai waktunya nanti,” ujar pengguna media sosial lain.
Terdahulu, ketika bersiaran langsung di TikTok, seorang pengikut Aca bertanyakan mengenai kesahihan artikel berkaitan Fattah dan Amira yang menunggu hari bahagia.
Begitupun, sehingga kini belum ada pengesahan daripada pihak aktor berusia 34 tahun itu serta Amira tentang spekulasi yang diperkatakan.
Ini juga bukan kali pertama desas-desus serupa tersebar apabila timbul khabar Fattah bertunang dengan penyanyi terbabit pada 21 Februari lalu dan bakal berkahwin selepas Syawal. – KOSMO! ONLINE
The post Pernikahan Fattah, Amira dah dekat? ‘Doakan yang baik-baik’ appeared first on Kosmo Digital.