Auto Added by WPeMatico

Auto Added by WPeMatico


TETAP tenang, pempengaruh media sosial, Marissa Dania memilih untuk menerima takdir Ilahi apabila rumah tangganya bersama Ahmad Aslam berakhir dengan perceraian.
Ujar Marissa atau nama sebenarnya Marissa Dania Hakim, 21, segala ketentuan diterima dengan lapang dada meskipun hakikat tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk ditelan.
Insya-Allah saya kuat. Saya okey dan reda. Semoga yang baik-baik sahaja selepas ini.
“Doakan saya,” katanya ringkas selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ketika diajukan persoalan mengenai hubungan dengan bekas suami selepas ini, sama ada masih mampu menjalin persahabatan atau sebaliknya, Marissa mengambil pendekatan berdiam diri.
“Saya tidak mahu ulas lebih lanjut mengenai perkara itu.
Biarlah perkara ini kekal sebagai urusan peribadi,” ujarnya.
Anak kepada pelakon Abby Abadi itu juga enggan mengulas lanjut tentang perasaan sebenar atau memperincikan detik sukar yang dilaluinya sepanjang kemelut rumah tangga tersebut.
Terdahulu, peguam syarie mewakili Ahmad Aslam, Muhammad Ammar Yaser mengesahkan pasangan tersebut bukan lagi suami isteri selepas mahkamah membuat keputusan berhubung status perkahwinan mereka.
Keputusan itu sekali gus menutup episod panjang hubungan yang sebelum ini menjadi perhatian ramai. – HIBGLAM

SUAMI kepada pempengaruh kontroversi Marissa Dania Hakim, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid mengakui kini tinggal berasingan selain menunggu keputusan daripada pihak mahkamah berhubung status rumah tangga mereka, hari ini.
Aslam atau nama sebenarnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid 27, ketika ditemui media di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi tampil memberikan jawapan ringkas berhubung dakwaan tersebut.
Ya betul. Saya pun tak tahu lagi sekarang, kita tunggu keputusan daripada pihak mahkamah,” katanya kepada HibGlam.
Terdahulu, Aslam dilihat tiba di mahkamah sekitar pukul 9.30 pagi, hadir berasingan dengan isterinya, Marissa, 21, bagi prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk.
Marissa yang tampil anggun dalam busana rona merah jambu belacan bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut sepanjang prosiding berlangsung, namun riak wajahnya jelas menzahirkan kesedihan.
Mereka ditemani peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri yang mewakili Aslam.
Sebelum ini, Muhammad Ammar dilapor berkata, anak guamnya memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.
Muhammad Ammar Yaser dilapor berkata, Aslam melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.
Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk, dua bulan kemudian.
Muhammad Ammar juga dilapor berkata, anak guamnya memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu. – HIBGLAM