Auto Added by WPeMatico

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang wanita di negeri California dilarang memandu menggunakan nombor pendaftaran kereta yang dianggap berkait dengan kumpulan militan Daesh, lapor akhbar Metro UK.
Wanita bernama Isis Wharton itu diberi amaran oleh Jabatan Kenderaan Bermotor California (DMV) selepas menggunakan nombor pendaftaran peribadi IAMISIS.
“Tanpa mengira niat anda, konfigurasi IAMISIS boleh ditafsirkan sebagai ‘Saya ialah anggota kumpulan Daesh’,” tulis DMV dalam surat itu.
Singkatan ISIS merujuk kepada kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam atau Daesh.
Menurut Wharton, nombor plat tersebut dibeli dengan harga AS$50 (RM210) pada 2022 dan diubah suai mengikut namanya sendiri.
“Saya bangga dengan nama saya. Saya juga bangga kerana nombor plat itu diletakkan pada kereta saya,” kata Wharton yang ingin membantah larangan tersebut.
DMV menyatakan, nombor plat itu melanggar Seksyen 206 Kod Peraturan California, manakala agensi berkenaan berhak menolak nombor pendaftaran yang memiliki unsur keganasan.
DMV turut memberi amaran bahawa nombor plat Wharton boleh dibatalkan. – AGENSI
The post Wanita kecewa dilarang guna nombor plat IAMISIS appeared first on Kosmo Digital.