Auto Added by WPeMatico

GEORGE TOWN – Dua daripada empat suspek yang ditahan reman selepas dipercayai mengurung tiga lelaki warga asing dalam sebuah pangsapuri akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.
Pendakwaan terhadap kedua-dua supek lelaki tersebut akan dilakukan mengikut Seksyen 344 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan salah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad mengesahkan perkara tersebut hari ini.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan polis berjaya menyelamatkan tiga lelaki warga asing yang dipercayai dikurung dalam sebuah rumah pangsapuri menerusi hasil serbuan yang dijalankan, kira-kira pukul 2 petang kelmarin.
Ini susulan laporan yang diterima daripada seorang lelaki warga asing berusia 47 tahun yang memaklumkan mengenai kejadian rakannya dikurung di sebuah pangsapuri di George Town.
Dalam serbuan tersebut, seramai empat individu terdiri tiga lelaki tempatan berumur antara 40 hingga 56 tahun dan seorang wanita warga asing berumur 40 tahun yang dipercayai berperanan menjaga mangsa berjaya diberkas. Suspek ditahan reman bermula semalam sehingga 14 Jun ini. -KOSMO! ONLINE
The post Suspek kurung tiga warga asing dituduh esok appeared first on Kosmo Digital.