Auto Added by WPeMatico

![]()
PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah melepaskan timbalan yang dipertua sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan pengarah syarikat yang direman bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM230 juta.
Menurut sumber, kedua-dua suspek yang disyaki bersubahat memindahkan RM230 juta ke dalam akaun syarikat salah seorang suspek bagi tujuan pelaburan dan juga tujuan peribadi telah dilepaskan hari ini.
“Pada 25 April lalu, kedua-dua suspek telah disambung reman selama lima hari dan hari ini mereka telah dilepaskan sebaik tempoh reman tamat,” katanya hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd. Azwan Ramli, ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kesemua suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Sebelum ini, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama sembilan hari selain SPRM turut membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM150 juta. -KOSMO! ONLINE
The post Seleweng RM230 juta, timbalan NGO dilepas dengan jaminan SPRM appeared first on Kosmo Digital.
