Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Adik kepada pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim iaitu Maria Danisha Hakim menegaskan perkongsian berbaur luahan hati dalam akaun TikToknya baru-baru ini tiada kaitan dengan isu keluarganya yang berlaku ketika ini.
Menurut Danisha, 18, dia memohon orang ramai tidak mencipta sebarang dakwaan negatif mengenai hantaran tersebut.
“Saya ingin membuat klarifikasi mengenai hantaran yang dimuat naik dalam TikTok.
“Perkongsian tersebut tidak menyebut mana-mana pihak terutama ahli keluarga saya.
“Jadi, saya minta jasa baik orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya,” katanya dalam platform Threads.
Dalam masa sama, dia juga memberitahu hubungan dengan seluruh keluarga termasuk ibu bapanya iaitu Abby Abadi dan Norman Hakim kini berada dalam keadaan baik.
“Saya dan keluarga baik-baik sahaja dan tiada konflik antara kami.
“Saya juga menghargai semua rasa sayang dan sokongan menerusi komen serta mesej peribadi yang kalian kirimkan, terima kasih,” jelasnya.
Kenyataan tersebut dikeluarkan Danisha selepas dia mencuri perhatian ramai apabila berkongsi luahan hati dalam akaun TikToknya dengan memberi bayangan dirinya sering diabaikan sebelum ini.
Danisha dalam perkongsian tersebut berkata, dia bimbang menjadi beban bahkan sering melakukan pelbagai usaha untuk kewujudannya disedari oleh orang lain.
Dakwa segelintir netizen, hantaran tersebut adalah luahan hati Dania yang seolah-olah kecewa disisihkan keluarga meski pun mendapat keputusan cemerlang disebabkan isu berkaitan Marissa sedang hangat diperkatakan dalam media sosial.
Terdahulu, kisah rumah tangga Marissa mendapat perhatian ramai selepas dia serta suami, Mohd. Aslam hadir ke mahkamah bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang berlaku sebanyak dua kali.
Perkara tersebut mencetuskan konflik selain mengundang respons negatif netizen termasuk Abby. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Saya dan keluarga baik saja, tiada konflik antara kami’ appeared first on Kosmo Digital.
