Auto Added by WPeMatico

![]()
LONDON – Pengendali Brighton, Fabian Hurzeler berharap prestasi konsisten Danny Welbeck dapat menarik minat barisan kejurulatihan England untuk memanggilnya semula dalam skuad kebangsaan negara itu bulan ini.
Welbeck yang berusia 34 tahun berada pada tahap terbaik selepas meledak satu gol ketika menewaskan Leeds United 3-0 di Stadium Amex awal pagi tadi sekali gus mengumpul enam jaringan secara keseluruhan musim ini.
Menurut Hurzeler, The Three Lions yang diketuai oleh Thomas Tuchel wajar untuk mempertimbangkan semula nama Welbeck selepas disisihkan hampir tujuh tahun daripada skuad kebangsaan.
“Saya masih menaruh keyakinan Welbeck dapat diserapkan dalam skuad England dalam masa terdekat. Saya tanya kepada semua pemain dan hampir semua bersetuju jika Welbeck menyarung jersi skuad kebangsaan sekali lagi.
“Namun, segala keputusan bergantung kepada jurulatih dan England ada pengendali yang bagus untuk menentukan siapa yang terbaik untuk mewakili pasukan nanti,” katanya. – AGENSI
The post EPL: Welbeck layak sarung jersi England appeared first on Kosmo Digital.