Auto Added by WPeMatico

![]()
LONDON – Penyerang baharu Chelsea, Danny Welbeck tekad untuk buktikan bukan sekadar ‘kuda tua’ selepas melengkapkan perpindahan mengejut daripada kelab Brighton dengan nilai perpindahan mencecah £5 juta (RM27.5 juta).
Menurut Welbeck, kehadirannya adalah membantu Chelsea menjulang trofi selain berkongsi pengalaman bersama skuad The Blues yang sebelum ini lebih memberi tumpuan untuk menandatangani pemain-pemain muda.
Selain itu, bekas penyerang Manchester United itu percaya mampu untuk mencipta kejayaan dengan menjaringkan banyak gol buat skuad kendalian Xabi Alonso itu selepas cemerlang bersama The Seagulls musim lalu.
“Saya datang di sini sebab mahu memburut trofi dan kecapi kemenangan. Falsafah itu sangat dekat dengan saya kerana itulah yang saya cuba lakukan setiap hari.
“Walaupun sudah di hujung karier, saya rasa masih ada ruang untukberkembang dan menjadi pemain yang lebih baik. Chelsea adalah kelab dengan sejarah hebat dan mereka sudah memenangi banyak trofi sebelum ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Welbeck percaya pengalaman lebih 400 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) memberi kelebihan buatnya untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama nanti.
“Saya sudah melihat banyak perkara dan lama dalam kancah EPL, jadi saya sentiasa mempunyai nasihat untuk pemain muda yang mahu menerimanya. Sebagai pemain senior, saya sedia bantu apa sahaja di atas atau di luar padang,” katanya. – AGENSI
The post EPL: Welbeck ikrar buru banyak gol appeared first on Kosmo Digital.
