Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) mengumumkan seramai 25 calon daripada UMNO, MCA dan MIC akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 pada 1 Ogos ini.
Pengumuman senarai calon itu dibuat Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sekali gus menjawab teka-teki bahawa gabungan tersebut tidak meletakkan calon di 11 kerusi termasuk DUN yang pernah disandang Pas sebelum ini.
UMNO mempertaruhkan 14 kerusi dengan 11 kerusi calon penyandang selain masing-masing satu kerusi Wanita dan Puteri, tujuh kerusi MCA dan dua kerusi MIC.
Pada pilihan raya lalu, BN menang di 14 kerusi DUN daripada 17 kerusi yang ditandingi yang mana kesemuanya ditandingi oleh UMNO.-KOSMO! ONLINE
The post PRN N. Sembilan: BN bertanding 25 kerusi appeared first on Kosmo Digital.
