Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Gelombang Himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung di Gong Badak bermula hari ini bukan sahaja menarik puluhan ribu peminat motosikal dua lejang itu, malah turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga peserta, khususnya para isteri.
Selepas tular beberapa rakaman serta laporan media berkaitan kemalangan membabitkan peserta RXZ Members 7.0, termasuk kejadian maut, ramai isteri dilihat mula menghantar mesej mendesak suami mereka pulang segera kerana bimbang keselamatan terancam.
Semakan Kosmo! di ruangan komen beberapa video tular serta artikel berita mendapati, para isteri meluahkan rasa risau akan keselamatan suami mereka.
“Ada yang sudah tak sedap hati sebab banyak kemalangan berlaku. Jadi, ramai isteri suruh suami balik cepat. Kami pun risau, takut dapat berita buruk,” kata Asyikin Noor.
“Saya dah pesan pada suami setiap saat ‘update’ saya dan sentiasa on (hidupkan) ‘live location’. Kalau boleh balik la awal sebelum konvoi ramai-ramai. Banyak kes maut, kemalangan. Saya dan anak-anak tak senang duduk di rumah,” komen Syu_mummyAidenAyla.
“Kepada suami saya, balik la bang.. jangan jadi mangsa RXZ Members 7.0,” pesan Licee.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang lagi peserta Himpunan RXZ Members 7.0 maut dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 45, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik semalam.
Ini menjadikan mangsa peserta keempat yang meninggal dunia selepas tiga kematian melibatkan peserta himpunan yang sama akibat nahas di tiga lokasi berbeza di Terengganu dan Pahang semalam. – KOSMO! ONLINE
The post Bini mesej suami…’baliklah, jangan jadi mangsa RXZ Members 7.0’ appeared first on Kosmo Digital.