Auto Added by WPeMatico

MELAKA – Guru kepada Ahmad Firdaus Iqbal Ahmad Ridzuan, kanak-kanak berusia tujuh tahun yang meninggal dunia pagi tadi selepas bertarung nyawa lebih 48 jam akibat lemas turut meluahkan rasa duka atas pemergian anak muridnya itu.
Guru dikenali sebagai Cikgu Putrysheda itu menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu mangsa merupakan seorang murid yang baik dan ceria.
“Baru mendapat perkhabaran duka tentang adik Ahmad Firdaus Iqbal, yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Belum sempat cabut mesin bantuan pernafasan dan jantung telah berhenti.
“Mohon semua doakan kebaikan buat arwah adik Ahmad Firdaus Iqbal dan ahli keluarganya. Cikgu jadi saksi Firdaus anak murid yang baik dan ceria,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Kosmo! kelmarin melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan lemas di kolam renang sebuah rumah inap jenis kondominium di Taman Kota Syahbandar, Kota Laksamana, di sini.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Mohd. Zahery Mohd. Zailani berkata, bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) telah diberikan kepada mangsa, namun kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeru, Datuk Kalsom Noordin semalam memaklumkan, mangsa berada dalam kritikal di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (PICU) Hospital Melaka dan dirawat menggunakan bantuan mesin pernafasan kerana kehilangan fungsi otak (otak mati).- KOSMO! ONLINE
The post Guru turut berduka, Iqbal anak murid yang baik appeared first on Kosmo Digital.