Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang wanita berang dengan tindakan ibu bapa yang membiarkan anak-anak dipercayai sehingga mengganggu pekerja di sebuah restoran.
Menerusi hantaran di Threads, kanak-kanak tersebut dipercayai memanjat rak pameran kek tanpa pengawasan ibu bapa yang didakwa duduk berhampiran.
“Geramnya kita tengok, setengah jam budak-budak ini main macam ini. Panjat sana sini, habis selongkar barang restoran,” katanya.
Lebih mengecewakan, kanak-kanak tersebut turut memasuki ruang pekerja sekali gus mengganggu mereka dalam yang menyediakan air untuk pelanggan.
“Keluar masuk tempat pekerja menyediakan air apa semua, kalau kaca jatuh atas anak atau ada benda bahaya lain kena anak, mesti ibu bapa salahkan pekerja situ,” katanya.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai termasuk rata-rata pengguna turut mengecam tindakan ibu bapa yang tidak mengawasi anak-anak di tempat awam.
“Kalau anak-anak aku dah mengaum ini. Tak kisah tempat awam atau tak. Macam mana ibu bapa mereka boleh tahan tak ambil anak-anak,” komen @Ommashares.
“Kalau anak aku, nak dekat dengan rak itu pun aku dah jegilkan mata. Ini kan pula kalau memanjat. Kau tengok bengkak tak punggung kau kena cubit,” komen @Zafirahazizan.
“Maaf cakap kalau depan mata aku, memang aku buat pengumuman kuat-kuat terus, ‘anak siapa ini? Tolong kutip sebelum aku ajar anak kau.’,” komen @Aida.osma. –KOSMO! ONLINE
The post Anak-anak panjat rak kek, ibu bapa selamba appeared first on Kosmo Digital.
