Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Malaysia menegaskan pendirian teguhnya bersama masyarakat antarabangsa dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin yang terus berdepan kekejaman rejim Israel.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berdiri utuh bersama rakyat Palestin dalam menghadapi tindakan biadab Israel yang kini bukan sahaja menyasarkan bumi Palestin, malah menjalar ke negara-negara Arab dan kawasan sekitarnya.
“Mesej kita jelas, hentikan kezaliman, permudahkan kemasukan bantuan dan jangan ganggu Sumud Flotilla,” tegas beliau.
Global Sumud Flotilla merupakan misi solidariti antarabangsa yang menghimpunkan aktivis kemanusiaan, pertubuhan bukan kerajaan, ahli politik serta masyarakat sivil dari pelbagai negara.
Matlamat utama flotilla ini adalah membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan bantuan asas lain untuk penduduk Palestin, khususnya di Gaza, yang berdepan sekatan ketat rejim Israel sejak lebih satu dekad lalu.
Melalui penyertaan Malaysia dan sokongan pemimpinnya, Global Sumud Flotilla dilihat sebagai simbol kesatuan global dalam menentang kezaliman serta menyeru dunia agar memberi perhatian segera terhadap penderitaan rakyat Palestin.
Malaysia sebelum ini konsisten mengangkat isu Palestin di peringkat antarabangsa termasuk melalui platform ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, selain terus menyalurkan sokongan diplomatik, kemanusiaan dan moral kepada rakyat Palestin. – KOSMO! ONLINE
The post Jangan ganggu Sumud Flotilla – Anwar appeared first on Kosmo Digital.