Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan terdapat sentimen dalam kalangan rakyat berkaitan pembentukan barisan Kabinet baharu yang perlu ditangani.
Menurut beliau, sentimen yang sedang kuat berlegar di ruangan media sosial sejak semalam tidak boleh dipandang enteng dan perlu ditangani secara bijaksana.
Kata beliau, antara sentimen itu mempersoalkan pelantikan bukan Melayu sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Timbalan Menterinya masing-masing daripada DAP dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
“Apakah nasib bumiputera bandar? Apakah ini permulaan untuk pilihan raya kerajaan tempatan diadakan?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Asyraf Wajdi berkata, sentimen lain yang sedang berlegar berhubung pelantikan Timbalan Menteri Agama daripada personaliti yang penuh kontroversi dalam isu Zara.
“Tentang ‘posting-posting’ beliau terkait hutang scam emas RM14 juta dan juga mengenai isu amalan doa dan ibadah,” katanya.
Kata beliau, pelantikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang pernah lantang menuntut Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan turut menimbulkan sentimen.
Menurutnya, sentimen yang timbul apakah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu mampu merealisasikan agenda yang beliau tuntut pada zaman kerajaan Barisan Nasional memerintah.
“Ini hanyalah sebahagian daripada sentimen yang kuat berlegar di ruangan media sosial sejak pengumuman semalam,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Apakah ini permulaan untuk pilihan raya kerajaan tempatan’ appeared first on Kosmo Digital.