Auto Added by WPeMatico

![]()
PUCHONG – Seorang remaja lelaki berusia 17 yang menghidap autistik dan ADHD dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Kinrara 5, Bandar Kinrara, di sini, sejak Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, berkata laporan kehilangan dibuat oleh ibu pengadu berusia 47 tahun hari ini.
Menurutnya, Khoo Kean Shin, dipercayai keluar rumah kira-kira pukul 6 petang semalam dan sehingga kini masih belum pulang.
“Remaja itu berkulit cerah, berambut pendek hitam dan berketinggian kira-kira 180 sentimeter,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Sehubungan itu, orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau terus menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sivanantha Madewan di talian 03-8076 2222.- KOSMO! ONLINE
The post Remaja autistik hilang sejak Sabtu lalu appeared first on Kosmo Digital.