Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA TERENGGANU – Naluri seorang ibu yang risau dengan tahap keselamatan inap desa dimasuki mereka menjadi kenyataan apabila anak perempuannya maut apabila terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Ladang Tok Pelam, di sini semalam.
Sewaktu insiden yang mengorbankan Nur Muazzah Aisyah Mubi pada pukul 7 pagi itu, keluarganya sedang bersiap-siap untuk mendaftar keluar dan mencari penginapan baharu.
Nor Azera Ismail, 36, mendakwa, sebaik mendaftar masuk ke inap desa tersebut sebaik tiba dari Pasir Puteh, Kelantan untuk bercuti di bandar raya ini semalam, dia risau apabila mendakwa tingkap premis tidak dilengkapi jerigi besi.
“Risau sebab anak perempuan saya (Nur Muazzah Aisyah) merupakan autistik gemar bermain dekat tingkat tersebut.
“Dia sukar dikawal sehingga saya terpaksa mengikat tangannya dengan reben bunga telur bagi mengelak dia menghampiri tingkap itu lagi,” katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.
Nor Azera berkata, sewaktu sedang bersiap untuk mendaftar keluar, dia dikejutkan ketukan pintu beberapa orang penghuni pangsapuri itu memaklumkan jasad Nur Muazzah Aisyah ditemui di tingkat enam dipercayai akibat terjatuh.
Katanya, darah berderau kerana waktu itu dia menyangka anak autistiknya masih lena tidur.
“Jenazah anak saya akan dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh selepas proses bedah siasat dijangka selesai pada pukul 5.00 petang ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Kerisauan ibu, anak autistik mungkin terjatuh tingkap inap desa jadi kenyataan appeared first on Kosmo Digital.

