
KUALA LUMPUR – “Benda tu dah jadi macam tradisi.” Itu luahan penyanyi rap popular, Yonnyboii apabila mengimbas kembali pengalaman dibuli ketika zaman persekolahan yang masih membekas sehingga ke hari ini.
Dalam satu temu bual bersama sebuah stesen radio yang tular di TikTok, Yonnyboii mendedahkan bagaimana perbuatan buli yang diterimanya dianggap sebagai perkara biasa oleh pihak sekolah, termasuk warden asrama.
“Benda tu tradisi. Warden pun takkan nampak benda tu sebagai perkara yang besar,” ujarnya.
Yonnyboii berkata, dirinya sering menjadi sasaran kerana dianggap lemah dan tidak mampu mempertahankan diri, hingga terpaksa berpindah sekolah beberapa kali.
Apa yang lebih menyedihkan, katanya, mereka yang pernah membulinya kini tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah.
“Mereka lupa apa yang mereka dah buat. Saya bukan nak mereka minta maaf, tapi sedih sebab diorang tak ada rasa bersalah langsung. Tapi saya akan ingat sampai mati,” luahnya.
Katanya, selagi sikap memandang ringan terhadap perbuatan buli berterusan, budaya itu akan diwarisi oleh generasi seterusnya.
“Kalau kita tak ambil tindakan, benda ni takkan berhenti. Dia akan berulang dan jadi tradisi,” jelasnya
Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi oleh para netizen.
“Sebab pengalamannya, lagu-lagu yonnyboii banyak yang menjentik hati,” ujar @N.K Ease.
“Tak sangka yonnyboii pun penah kena buli ya. Tapi sekarang anda penyanyi popular, sepatitnya pembuli-pembuli itu malu dengan awak,” kata @Nina78mobilespa.
“Tradisi yang takkan dihentikan sampai bila-bila dan tradisi ini bermula pada minggu orientasi,” komen @Tuannasa’e_.- KOSMO! ONLINE.
@hotfm976_ “Yang membuli akan lupa apa yang dia pernah buat, tapi yang dibuli akan ingat seumur hidup apa yang dia pernah tanggung, malah kesan mental yang sangat teruk..” Guys, sahut seruan ini, #HotFMBenciBULI . Hentikan jenayah ini. Laporkan jika ada gejala buli di sekitar anda. Dan awasi setiap apa yang berlaku kepasa anak-anak kita #HotFM #BekpesHot #HotfmBenciBuli #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ♬ The melody that appears and disappears beyond regret(1173664) – naopapa
The post [VIDEO]’Buli seolah-olah dah jadi tradisi’ – Yonnyboii appeared first on Kosmo Digital.