Auto Added by WPeMatico

SEMINGGU dimasukkan ke wad akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, penyanyi dangdut veteran era 1980-an, Zaleha Hamid akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu sebentar tadi.
Khabar duka tersebut dikongiskan suaminya, Ungku Sulaiman Ungku Aziz yang memaklumkan isterinya meninggal dunia sekitar pukul 8.30 malam tadi.
“Ya, dia meninggal dunia waktu isyak di Hospital Sultanah Aminah, Johor.
Dah seminggu dia dekat hospital. Siang tadi elok saja, petang sesak nafas dan waktu isyak dia menghembuskan nafas terakhir.
“Dia kena jangkitan kuman dekat paru-paru,” katanya kepada HibGlam ketika dihubungi.
Dalam masa sama, Ungku Sulaiman masih tidak mengetahui berkaitan pengurusan jenazah.
“Semua ada semasa dia meninggal, termasuk anak-anak semua.
Saya belum tahu nak kebumi di mana. Sekarang berada di forensik.
“Cuma tidak tahu sama ada bawa balik rumah saya atau mak,” ujarnya.
Sebelum ini, Zaleha dilaporkan terlantar sejak 2020 akibat angin ahmar.
Sepanjang hayatnya, Zaleha berjasa dalam pembangunan industri irama muzik dangdut di Malaysia khususnya ketika era 80-an.
Zaleha digelar Ratu Dangdut Malaysia dan Singapura meraih populariti dengan lagu hit seperti Dangdut Reggae, Kerana Pengalaman, Nasib Janda, Jangan Segan Segan, Pria Idaman, Jangan Kau Tangiskan, dan Kekasih Di Tangan Orang. – HIBGLAM
The post Jangkitan kuman dalam paru-paru, Zaleha Hamid meninggal dunia appeared first on HibGlam.