Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Nestle Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk membantu komuniti berisiko menerusi inisiatif Bantuan Banjir Seluruh Negara tahunannya dengan menjalin kerjasama bersama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM).
Melalui kerjasama tersebut, Nestle telah membungkus dan menghantar bekalan keperluan asas untuk memastikan bantuan sampai tepat pada masanya kepada 6,000 keluarga di kawasan terpencil yang sering dilanda banjir.
Nilai sumbangan barangan dan sokongan kewangan Nestlé Malaysia adalah berjumlah kira-kira RM2.3 juta.

Pada tahun ini, semangat saling membantu digerakkan dengan penglibatan seramai 200 sukarelawan kakitangan Nestlé yang berganding bahu dengan ahli-ahli
BSMM dan sukarelawan pelajar dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM).
Gotong royong itu dapat membolehkan semua petugas membungkus 5,500 kotak produk keperluan asas Nestlé, termasuk Milo, Maggi, Nestum, Nescafe, susu Everday, Nestle Omega Pluas, bijirin sarapan Nestlé seperti Koko Krunch dan Cornflakes.
Kotak-kotak bantuan makanan ini akan diagihkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan kepada mangsa banjir di seluruh negara, memastikan mereka yang terkesan terus
mendapatkan makanan berkhasiat dan keperluan harian dalam keadaan yang
mencabar ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols berkata, pihaknya percaya dalam menyokong komuniti bukan sahaja melalui produk tetapi juga melalui penglibatan aktif bagi memberi impak positif kepada masyarakat.
“Musim tengkujuh adalah detik yang sukar bagi sesetengah keluarga, terutamanya di
kawasan yang mudah terjejas. Menerusi kerjasama jangka panjang dengan
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, kami dapat menyediakan bantuan tepat
pada masanya kepada mereka yang terjejas.
“Kami juga akan menggiatkan usaha sama dengan Yayasan Food Bank Malaysia untuk menyediakan sokongan bersasar kepada komuniti yang kurang mendapat perhatian di kawasan-kawasan lebih terpencil termasuk pulau di Pantai Timur yang sukar diakses,” katanya dalam kenyataan.
Aranols menerangkan, selain kerjasama dengan MRC, Nestlé Malaysia juga telah meluaskan capaian menerusi kerjasama dengan YFBM.
Melalui pakatan ini, Nestlé menyediakan barangan keperluan asas kepada 480 keluarga yang tinggal di pulau-pulau terpencil dan kawasan luar bandar, termasuk komuniti Orang Asli, kampung nelayan dan keluarga penoreh getah. -KOSMO! ONLINE
The post Nestle peruntuk RM2.3 juta sedia keperluan bantuan banjir appeared first on Kosmo Digital.