Auto Added by WPeMatico

LONDON – Tottenham Hotspur kembali bangkit daripada perlawanan sebelum ini apabila mencatat kemenangan selepas 3-0 ke atas West Ham United pada aksi kelmarin.
Kejayaan itu membolehkan pengurus mereka, Thomas Frank muncul pengurus ketiga kelab itu yang berjaya meraih kemenangan dalam dua aksi awal musim di tempat lawan selepas Ossie Ardiles melakukannya pada musim 1993/94 dan Tim Sherwood (2013/14).
Kemenangan itu juga berpunca selepas Spurs memanfaatkan kekurangan pemain West Ham selepas Tomas Soucek dilayangkan kad merah pada minit ke-54 sekali gus membolehkan mereka menambah dua jaringan menerusi Lucas Bergvall dan Mickey Van De Van selepas Pape Matar Sarr membuka tirai jaringan lebih awal.
Frank mengakui bahawa sangat gembira dengan kemenangan tersebut sekali gus membolehkan Spurs terus kekal dalam kelompok teratas liga untuk memberikan saingan selain menjadi tonik sebelum bertemu Villarreal untuk aksi Liga Juara-Juara.
“Saya fikir West Ham bertahan dengan baik pada babak pertama. Saya gembira apabila kmai menambah jaringan di babak kedua kerana risau momentum boleh berubah selepas rehat. Ini adalah salah satu persembahan terbaik kami dan ia sangat baik.
“Kami sedar bahawa aksi derbi seperti ini sangat penting buat peminat dan kami sudah enam tahun tidak menang di stadium mereka yang membuktikan perlawanan seperti ini tidak mudah,” katanya.
Bagi West Ham., kekalahan itu memberikan tekanan hebat buat pengurus mereka Graham Potter terutama apabila mereka gagal memenangi aksi kompetitif di laman sendiri dalam tujuh perlawanan sejak Mac lalu. – AGENSI
The post EPL: Spurs akhiri badi Stadium London appeared first on Kosmo Digital.