Auto Added by WPeMatico

![]()
LONDON – Tottenham Hotspur terus kempunan untuk menikmati kemenangan sulung dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila tewas 2-3 kepada Aston Villa di Stadium Tottenham Hotspur malam kelmarin.
Dua gol pada penghujung perlawanan menerusi Conor Gallagher dan Jan Paul Van Hecke menyaksikan mereka berjaya membuka akaun jaringan musim ini, namun ia masih belum cukup untuk memadam tiga jaringan Villa.
Pengurus Spurs, Roberto De Zerbi menyuarakan rasa sedih dan kecewa atas kekalahan tersebut, lebih-lebih lagi tekanan kian memuncak buat beliau apabila Spurs terperosok ke kedudukan ke-19 liga.
“Kami tidak boleh kalah dengan cara seperti ini. Walaupun kami ketinggalan di separuh masa pertama, pemain-pemain tidak boleh mudah patah semangat dan saya sudah minta jentera serangan untuk lebih tenang.
“Sebelum perlawanan bermula lagi kami sudah tahu cabaran sukar sedang menanti kerana Villa menerapkan corak permainan hantaran jauh. Kami gagal untuk memberikan saingan kepada mereka,” katanya.
Bekas jurulatih Marseille itu juga menyifatkan kerapuhan benteng pertahanan Spurs menjadi salah satu punca kekalahan kerana membenarkan pemain-pemain Villa untuk melakukan gerakan berbahaya.
“Kami bermain baik di separuh masa pertama tetapi gagal menjaringkan gol selain agak rapuh di benteng pertahanan. Saya ambil tanggungjawab atas kekalahan ini dan kami perlu bekerja lebih keras,” ujar De Zerbi. – AGENSI
The post EPL: Malang Spurs tanpa kesudahan appeared first on Kosmo Online.
