Auto Added by WPeMatico

TIDAK salah menyifatkan filem Weapons sebagai antara naskhah bernuansa horror yang terbaik pernah diterbitkan untuk tahun 2025.
Dari segi naratif, terjemahan karakter, elemen kejutan (jumpscare), sinematografi, skor muzik—semuanya diadun cukup sempurna dan secermat mungkin.
Penulis berkesempatan menonton Weapons arahan Zach Cregger minggu lalu dan hasilnya, berjuta-juta kali berbaloi. Tiada sekelumit rasa kesal menongkah trafik di ibu kota kerana sememangnya, ini adalah antara filem terbaik untuk tahun 2025.
Weapons mengisahkan tentang 17 orang kanak-kanak secara tiba-tiba menghilang selepas melarikan diri dari rumah masing-masing tepat pukul 2.17 pagi kecuali seorang pelajar bernama Alex Lily.
Bukan tipikal
Weapons bukan filem horror tipikal. Elemen kejutan atau jumpscare tidaklah semena-mena diwujudkan sekali gus ditempatkan di bahagian yang paling strategik.
Kalau boleh dibilang, hanya ada satu dua jumpscare sahaja yang betul-betul berbekas di jiwa penonton. Selebihnya adalah usaha penonton mencantumkan teka-teki Weapons—ceritanya tentang apa dan bagaimana.
Keduanya, kesemua pelakon yang terlibat dalam Weapons tahu tugasan masing-masing dan melunaskan dengan sebaik mungkin.

Josh Brolin sebagai Archer Graff—salah seorang bapa yang buntu apabila kehilangan anak tersayang.
Pelakon semua ‘memberi’
Julia Garner sebagai cikgu yang dipersalahkan apabila 17 murid di kelas kelolaannya ‘lenyap’ begitu sahaja.
Watak penagih dadah bernama James dan pegawai polis bernama Paul Morgan. Semua yang terlibat berjaya menghidupkan segala tugasan yang diamanahkan kepada mereka.
Weapons bukan sekadar filem seram tetapi naskhah berkenaan mengajak penonton untuk berfikir sedalam-dalamnya—apa akan terjadi pada babak berikutnya.
Alasan ke mana hilangnya 17 murid sekolah dicarik perlahan-lahan dengan penuh teliti, namun pada masa sama, tidak membuatkan audiens bosan dengan jalan cerita yang dibentangkan.
Amy Madigan sebagai Gladys memang berstatus chef’s kiss! Selayaknya memang dia melakonkan karakter nenek sihir yang tiada perikemanusiaan.
Babak akhir Gladys diberi ‘keadilan’ adakalanya kelihatan kelakar, namun mungkin itu strategi pengarah untuk mengukuhkan status filem horror ini sebagai antara yang terbaik.

WEAPONS
Pengarah: Zach Cregger Pelakon: Josh Brolin, Julia Garner, Alden Ehrenreich, Austin Abrams Sumber: Warner Bros. Pictures Bintang:★★★★
The post Weapons: Antara filem horror terbaik 2025, sempurna! appeared first on Kosmo Digital.