Auto Added by WPeMatico

![]()
SRI AMAN – Seorang lelaki warga emas dan dua wanita maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo laluan Serian-Sri Aman, berhampiran Kampung Selepong Jinggau, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, lima lagi mangsa cedera ekoran kemalangan membabitkan sebuah Proton X70 dan Perodua Alza.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.30 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi.
Menurutnya, setiba pasukan di lokasi mendapati Perodua Alza telah terbakar 100 peratus.
“Akibat kemalangan, tiga mangsa yang menaiki Proton X70 maut membabitkan seorang lelaki warga emas, Lau Sie Tung, 70, serta dua wanita dewasa, Grace Lau Chi Ai, 22, dan Lau Yok Leh, 22.
“Dua kanak-kanak lelaki yang berada dalam kenderaan sama mengalami cedera di kepala dan dihantar ke Hospital Sri Aman,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, tiga mangsa dalam Perodua Alza terdiri daripada seorang wanita dewasa dan dua kanak-kanak lelaki, terselamat, namun cedera ringan.
“Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post 3 maut nahas dua kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo appeared first on Kosmo Digital.

