Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Kegiatan 11 individu warga China yang dikesan bekerja tanpa permit saha terbongkar dalam pemeriksaan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, kelmarin.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kesalahan itu dikesan susulan pemeriksaan di empat premis runcit dan restoran sekitar Dengkil pukul 10.30 pagi.
“Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan lima warga China kerana disyaki mengoperasikan restoran dan berkerja tanpa
pas yang sah.
“Kesemua yang ditahan mengemukakan Pas Lawatan Sosial dan masuk sebagai pelancong ke negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zakaria berkata, dalam serbuan berbeza pada pukul 5 petang di Kepong, pihaknya menahan enam wanita warga China kerana disyaki menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial dan Pas Penggajian dengan berkerja sebagai tukang urut.
“Kesemua wanita ini juga disyaki menyediakan perkhidmatan tidak bermoral dengan bayaran RM100 hingga RM300 bagi setiap sesi.
“Turut ditahan, seorang lelaki warga tempatam yang disyaki berperanan sebagai majikan dan penjaga premis tersebut,” ujarnya.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 28 hingga 53 tahuh telah ditahan di Depot Imigresen Putrajaya di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Rahsia’ pelancong warga China masuk Malaysia terbongkar appeared first on Kosmo Digital.
