Auto Added by WPeMatico

BAKAL mencecah 40 tahun, pelakon Zul Ariffin mengakui fasa umur begini sesuai untuk mendirikan rumah tangga atas faktor kematangan dan kestabilan ekonomi.
Begitupun, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin berkata, dia enggan terburu-buru menamatkan zaman bujang disebabkan sibuk bekerja, bukan terlalu memilih calon isteri.
“Soal bila saya nak kahwin? Tak tahulah. Saya pun tak tahu. Mungkin dalam lingkungan usia 40-an inilah, tak adalah sampai umur saya cecah 50-an
“Nak memilih pasangan pun perlukan masa. Masalahnya saya tak ada masa nak memilih. Saya buat tak tahu saja, jadi hari berlalu macam itu saja.
“Lepas itu saya hanya buat kerja saya sahaja. Kalau kita nak buat sesuatu, kita kena letak fokus. Jadi saya tak fokus ke arah jodoh lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Seri Syawal Usanita, baru-baru ini.
Menurut bintang filem Magik Rompak itu, pemilihan pasangan juga membabitkan proses panjang sebelum saling menerima antara satu sama lain.
Ditanya sama ada banyak menerima mesej nakal daripada peminat, kata Zul ramai wanita yang sekadar mahu bergurau dan mengusiknya.
“Memang ada orang DM (mesej langsung). Peminat saja yang DM, tak marah pun.
“Kalau DM (cari) jodoh pun ramai yang gatal, mengarut-ngarut saja. Tapi sebenarnya tiada apa pun.
Terdahulu, aktor bertubuh sasa itu didakwa menjalin hubungan istimewa dengan seorang penerbit filem, namun kedua-dua pihak tidak mengesahkan desas-desus berkenaan
Sementara itu mengenai kerjaya seni, Zul meminjamkan suara bagi watak Archie Everhardt dalam filem animasi Sony Pictures, Goat versi Malaysia yang ditayangkan bulan lalu.
Menurutnya lagi, dirinya dalam persediaan bagi menjalani penggambaran sebuah filem aksi yang akan diumumkan kelak. – HIBGLAM
