Auto Added by WPeMatico

![]()
JOHOR BAHRU – Taktik licik satu sindiket memproses dadah untuk menjadi minuman jus sebelum diedarkan ke pusat hiburan terbongkar selepas polis menyerbu sebuah rumah teres di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri di sini.
Serbuan selama dua hari bermula Isnin lalu itu turut memberkas seorang lelaki berusia 55 tahun disyaki berperanan sebagai penjaga makmal dadah berkenaan.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak Julai lalu dan mempunyai rangkaian yang luas di negeri ini. Suspek ditahan di sebuah sewa tersebut yang dijadikan lokasi penyimpanan dan pemprosesan dadah sebelum diedarkan ke pasaran .
“Pemeriksaan polis di lokasi tersebut menemui pelbagai jenis dadah antaranya 17 peket plastik pil ekstasi seberat 25.24 kilogram (kg), syabu (23.10 kg), serbuk MDMA (22.43 kg) dan plastik ketamin (13.4 kg).
“Selain itu, turut ditemui serbuk pil ekstasi (11.51 kg), satu peket plastik pil erimin 5 (19.41 kg) dan peralatan memproses dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Turut dirampas sebuah Toyota Vios dan wang tunai RM10,000. Siasatan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah, namun ujian saringan air kencing didapati negatif dadah. Suspek direman sehingga Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-KOSMO! ONLINE
The post Sindiket proses jus khayal tumpas, dadah RM11.4 juta dirampas appeared first on Kosmo Digital.