Auto Added by WPeMatico

SIAPA sangka gadis yang baru berusia sembilan tahun mampu memberikan persembahan memukau setanding rakan seperjuangan yang sudah lebih dewasa dan matang daripadanya.
Itu antara hujan pujian yang diterima anak sulung penyanyi Adira iaitu Anggrek selepas video persembahannya dengan Mimi Fly menerusi lagu Temberang pada konsert minggu keenam Talk To My Manager tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.
Rata-rata netizen terkejut dengan kehebatan Anggrek selain dikatakan berjaya tidak ‘dimakan’ Mimi sepanjang persembahan. Khalayak juga berpendapat Anggrek bakal menjadi bintang hebat masa depan.
“Ibunya ratu OST tetapi anak pula lincah di pentas, memang Mimi Fly ‘junior’. Lain macam energi Anggrek, ramai terpukau. Anggrek tolong jadi juara!” puji netizen. – HIBGLAM

