Auto Added by WPeMatico

![]()
JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga asing ditemui mati dengan kesan tikaman dalam sebuah bilik hotel di Taman Maju Jaya di sini awal pagi tadi.
Mangsa berusia 37 tahun ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa selepas dipercayai ditikam berkali-kali dalam kejadian yang berlaku antara pukul 1.30 pagi hingga 4.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.30 pagi sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami sembilan luka tikaman di bahagian tengah dada, selain satu tikaman pada leher, satu di bahagian kanan dada dan satu lagi di bahagian kiri dada.
“Pemeriksaan turut mendapati mangsa mengalami luka tikaman di jari telunjuk tangan kanan serta di lengan kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, suspek dipercayai seorang lelaki warga asing yang melarikan diri sejurus selepas kejadian dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi talian Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di 07-2182323 bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE
The post Wanita warga asing mati ditikam dalam bilik hotel appeared first on Kosmo Digital.
