Auto Added by WPeMatico

![]()
GEORGE TOWN – Seorang suspek lelaki warga emas ditemukan maut dalam keadaan tergantung di dapur rumahnya di Solok Codrington di sini, pagi tadi selepas dia dipercayai nekad menetak seorang rakannya hingga parah.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata, pada mulanya seorang lelaki warga tempatan berusia 58 tahun telah datang ke Balai Polis Pulau Tikus dalam keadaan kepala berlumuran darah akibat ditetak seorang lelaki dikenalinya di sebuah restoran berhampiran Pasar Pulau Tikus, kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.
Katanya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.
“Berdasarkan maklumat yang diberikan mangsa, polis kemudiannya ke kediaman suspek kira-kira pukul 8.05 pagi. Bagaimanapun, polis menemui suspek yang berusia 68 tahun tidak sedarkan diri dengan menggantung dirinya di bahagian dapur menggunakan seutas tali.
“Polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan suspek dalam sebuah tong sampah Pasar Pulau Tikus, kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada isu kewangan antara mangsa dan suspek.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini sehingga boleh menjejaskan siasatan sekali gus mendatangkan kegusaran dalm kalngan masyarakat,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE
The post Ambil nyawa sendiri selepas tetak rakan guna parang appeared first on Kosmo Digital.
