Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA TERENGGANU – Ujian urin mendapati 21 daripada 33 penyokong Selangor FC yang ditahan reman bagi membantu siasatan berarak dan membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini semalam positif dadah.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 17 hingga 43 tahun itu positif dadah jenis THC atau ganja.
“Tiga suspek disyaki memiliki dadah dipercayai jenis ganja seberat keseluruhan 19.1 gram dan erimin 5 (0.37 gram).
“Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta sama,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.
Mohd. Khairi berkata, sembilan individu pula ditahan kerana memiliki 70 suar bernilai keseluruhan RM7,500 dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, sebanyak 54 daripada 70 suar tersebut telah dibakar sewaktu berarak di atas Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau Drawbrigde.
“Enam daripada 33 suspek itu merupakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan seorang pula pelajar sekolah menengah.
“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post 21 penyokong Selangor FC buat kecoh di Drawbrigde positif ganja appeared first on Kosmo Digital.
