Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di empat negeri termasuk Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 6 petang ini.
“Antara kawasan yang terlibat adalah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.
“Selain itu, kawasan yang diramalkan terjejas dalam cuaca buruk di Johor adalah Mersing dan Kota Tinggi,” ujarnya.
Amaran cuaca buruk itu berterusan termasuk di Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu, Sarawak manakala Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan di Sabah. -KOSMO! ONLINE
The post Empat negeri hujan lebat petang ini appeared first on Kosmo Digital.