Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang ibu meluahkan perasaan risau terhadap bahasa percakapan rakan anaknya setelah terjumpa beberapa pucuk surat di dalam beg anaknya yang baru sahaja berusia 7 tahun.
Jelas wanita tersebut, dia begitu terkejut dengan bahasa yang digunakan oleh rakan anaknya yang baru berdarjah satu dengan menggunakan perkataan ‘babi’ dalam penulisannya.
Katanya, keadaan tersebut cukup merisaukannya dan keadaan itu menjadikan golongan muda ketika ini tidak beradab.
“Aku jumpa surat macam ni dalam beg anak aku. Banyak ye surat tu, aku tanya anak aku,dia bagitahu kawan bagi dia.
“Baru darjah 1 dah pandai ‘babi babikan’ orang. Geram je aku patut la budak sekarang ramai tak beradab, umur 7 tahun dah ‘babi babi’,” tulisnya.
Dalam pada itu, seorang lagi wanita turut tampil dan menyatakan perkara sama yang berlaku terhadap anaknya yang kini berusia lapan tahun.
“Anak saya kalau bergaul dengan kawan-kawan dia yang sama baya kadang-kadang kita taut dengar, sampai cikgu dan sesiapa sahaja mereka akan ‘babikan’, ‘bodoh’ dan ‘sial’ memang sudah jadi mainan mereka.
“Saya selalu tegur, kita sebagai mak ayah memang kena pantau kalau bab ni, semakin merisaukan,” kata Jasminali.- KOSMO! ONLINE.
The post Baru darjah satu sudah ‘babikan’ orang appeared first on Kosmo Digital.