Auto Added by WPeMatico

![]()
GUA MUSANG – Selepas lima hari hilang, mayat seorang jurukimpal yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaikinya terbalik di Sungai Galas, Kampung Batu 6 di sini akhirnya ditemukan hari ini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa, Mohd. Ilham Che Mat Satar, 27, dijumpai pada jarak kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh ke dalam sungai pada pukul 1 tengah hari tadi.
Katanya, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang menerima maklumat awal mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 1.30 tengah hari pada Isnin lalu sebelum pasukan mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan ke lokasi.
“Sepanjang lima hari operasi, pencarian dilakukan melalui laluan sungai menggunakan pelbagai aset termasuk bot penyelamat, kenderaan pacuan empat roda, Unit Anjing Pengesan termasuk Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Operasi berdepan pelbagai cabaran termasuk arus sungai yang deras, cuaca tidak menentu dan keadaan bentuk muka bumi yang menyukarkan pencarian,” katanya.
Choon Foo memberitahu, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut sebelum operasi SAR ditamatkan pada hari ini.
Kosmo Online! sebelum ini melaporkan, seorang jurukimpal dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya ditemui dalam keadaan terbalik di Sungai Galas dekat Kampung Batu 6 di sini pada Isnin lalu. Mangsa dipercayai hilang semasa menjala ikan sebelum bot yang dinaikinya ditemui terbalik di sungai berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post Mayat jurukimpal dijumpai lepas lima hari jatuh Sungai Galas appeared first on Kosmo Digital.
