Auto Added by WPeMatico

![]()
KLANG – Seorang bapa melecur manakala anak lelakinya mengalami sesak nafas selepas rumah teres dua tingkat yang mereka diami terbakar dalam kejadian di Taman Seri Istana Hills di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.23 pagi, kedua-dua mangsa berusia 28 dan 57 tahun selain menyebabkan rumah mereka jenis teres dua tingkat musnah kira-kira 70 peratus.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan bergegas ke lokasi kejadian bagi tujuan pemadaman.
Katanya, operasi turut dibantu dari BBP Klang Utara dengan kekuatan keseluruhan 13 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Menyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) .
“Kebakaran melibatkan rumah teres dua tingkat dan kebakaran berjaya dikawal pukul 5.47 pagi.
“Terdapat dua mangsa dengan bapanya melecur di pergelangan tangan dan kepala sebanyak 10 peratus. sementara anak lelakinya sesak nafas,” katanya hari ini.
Tambah beliau, kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah menggunakan EMRS.
Jelasnya, operasi pemadaman tamat pada pukul 7.50 pagi. – KOSMO! ONLINE
The post Bapa melecur, anak sesak nafas rumah terbakar appeared first on Kosmo Digital.
