Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuanya yang ketika kejadian berusia 14 tahun 10 bulan pada 2021.
Hakim Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 28 tahun yang juga bapa kepada tiga orang anak selepas mahkamah meneliti keterangan saksi pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis kedua-dua pihak sebelum membuat keputusan.
“Mahkamah mendapati pembelaan gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Justeru tertuduh didapati bersalah dan disabitkan bagi kedua-dua pertuduhan,” katanya.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu melakukan kesalahan pertama terhadap mangsa antara pukul 5 hingga 5.30 pagi di sebuah rumah di Taman Matahari Indah, Senawang di sini pada 26 dan 27 Disember 2021.
Kesalahan kedua dilakukan di lokasi sama sekitar tengah hari pada 28 Disember 2021.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan (b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – KOSMO! ONLINE
The post Pekerja kilang cabul anak saudara dipenjara 20 tahun, empat sebatan appeared first on Kosmo Digital.