Auto Added by WPeMatico

![]()
BANGKOK – Sebuah pusat pemeriksaan sempadan utama di wilayah Sa Kaeo sesak semalam apabila warga Thailand dan Kemboja bergelut untuk pulang ke negara masing-masing ketika pertempuran di sempadan semakin memuncak, lapor laman berita Thai PBS World.
Sejumlah warga Thai terkandas di pusat pemeriksaan sempadan Poipet-Klong Luk selepas pegawai-pegawai imigresen Kemboja enggan membenarkan mereka meninggalkan negara tersebut atas sebab yang tidak jelas.
Sebagai tindak balas, pihak Thailand menangguhkan perlepasan warga Kemboja, kebanyakannya pekerja migran untuk kembali ke tanah air mereka melalui pusat pemeriksaan yang sama.
Ia dipercayai sebagai tindak balas terhadap tindakan Kemboja yang menghalang rakyat Thailand daripada pulang ke tanah air.
Pada sebelah petang, Kedutaan Thailand di Phnom Penh mengeluarkan surat kepada Kementerian Dalam Negeri Kemboja bagi memohon kebenaran untuk sekumpulan rakyatnya pulang ke tanah air melalui pusat pemeriksaan Poipet.
Kedutaan itu menjelaskan bahawa mereka yang ingin pulang adalah warga Thailand yang bekerja di Poipet. – AGENSI
The post Pusat pemeriksaan sempadan Thai-Kemboja sesak appeared first on Kosmo Digital.