Auto Added by WPeMatico

![]()
PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon akur skuad kendaliannya masih belum berada pada tahap terbaik meskipun berjaya mencuri satu mata dalam aksi menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus semalam.
Beliau berkata, Gergasi Merah bermula agak perlahan pada babak pertama dengan tuan rumah yang dilihat lebih agresif dan mendominasi perebutan bola.
“Terengganu bermula dengan lebih baik. Mereka sangat bagus dalam duel (perebutan bola) dan banyak memenangi ‘first ball’ (bola awal), manakala kami pula agak bergelut.
“Sukar kami untuk mengawal rentak permainan. Pemain-pemain saya tidak berada dalam prestasi terbaik pada separuh masa pertama,” katanya selepas perlawanan kelmarin.
Pan-gon menegaskan Selangor masih mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya daripada segi konsistensi permainan, penguasaan bola serta ketajaman di bahagian serangan. – KOSMO! ONLINE
The post Selangor belum sempurna – Pan-gon appeared first on Kosmo Digital.
