Auto Added by WPeMatico

BEKAS penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin memasang impian untuk melihat pemain tempatan mampu memecahkan rekodnya sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super.
Ketika ini, bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson dan Silva dilihat hampir pasti mampu memecahkan rekod Indra Putra, namun bekas penyerang Perak, Kelantan dan Felda United itu melontarkan cabaran kepada pemain tempatan untuk melakukan perkara sama.
“Bagi saya, sebagai penjaring terbanyak itu hanya gelaran. Untuk saya, siapa pun boleh potong (rekod) jaringan dan saya rasa cukup gembira walaupun pemain import yang akan memotong jaringan saya.
“Tidak ada masalah sebenarnya tetapi kalau boleh saya ingin lihat pemain tempatan yang berjaya potong jaringan saya,” katanya.
Untuk rekod, Bergson ketika ini sudah meledak 105 gol, hanya dipisahkan satu dengan Indra Putra yang mengumpul 106 jaringan untuk berada di kedudukan dua teratas senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super.
Sebelum ini, penyerang Harimau Selatan kelahiran Brazil itu mencipta rekod baharu penjaring terbanyak semusim apabila meledak 32 gol dalam saingan Liga Super.
Dengan kualiti yang ada padanya, Bergson dijangka terus menjadi sandaran JDT dan dilihat hampir pasti mengesahkan namanya selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super di awal saingan musim depan yang dijadualkan membuka tirai pada Ogos ini.
The post Pemain tempatan dicabar pecah rekod appeared first on Kosmo Digital.