Auto Added by WPeMatico

![]()
PENYERANG baharu Kuching City, Safawi Rasid menganggap pencalonan dalam kategori Penyerang Terbaik Liga M Awards 2025/26 sebagai suntikan motivasi dan bukti bahawa dirinya sudah kembali berada pada prestasi terbaik.
Sebagai rekod, Safawi yang mewakili KL City musim lalu berada dalam senarai pendek kategori penyerang terbaik apabila bersaing dengan Ramadhan Saifullah (Kuching City) dan Faisal Abdul Halim (Selangor FC).
Safawi yang meraih gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) dua kali pada edisi 2019 dan 2020 percaya aspek permainannya ketika ini semakin berkembang terutama ketajaman penyudah.
“Dari aspek permainan yang dah makin berkembang, saya rasa tahap keyakinan saya yang semakin meningkat dalam sesuatu permainan juga membantu saya untuk beraksi dengan lebih baik.
“Tak kira apa pun kelainan atau kemahiran yang mungkin jarang saya buat atas padang, saya cuba tak putus asa untuk terus lakukan agar dapat capai rasa puas hati itu.
” Menang atau kalah adat pertandingan, tapi sekurang-kurangnya kita puas dengan usaha kita sebab kita dah bagi segalanya dan perkara seperti itu yang selalu buat saya tenang dan lebih matang untuk hadapinya.
“Saya rasa calon lain (Ramadhan & Faisal) ada kelebihan tersendiri untuk menyinar musim ini dan memang beri persaingan sengit kepada kategori ini,” katanya.
Pemain kelahiran Terengganu ini berjaya mencuri tumpuan musim lalu apabila meledak 13 gol bersama skuad Warga Kota sekali gus meraih Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super).
The post Safawi akui kembali temui prestasi appeared first on Kosmo Digital.
