Auto Added by WPeMatico

KUALA TERENGGANU – Seorang murid perempuan tahun enam sekolah rendah terkenal di bandar raya ini mendakwa menjadi mangsa buli rakan lelaki sedarjahnya sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital akibat pendarahan pada bulan lalu.
Mangsa berusia 12 tahun yang mendakwa dibuli secara lisan sejak hampir setahun lalu dipercayai mengalami kecederaan itu setelah ditendang pada bahagian perut dalam insiden 21 Mei 2025.
Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) berkata, tindakan telah diambil mengikut prosedur standard operasi (SOP) Buli dan Salah Laku kementerian yang turut melibatkan pegawai perhubungan sekolah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada salah faham antara murid lelaki dan perempuan tersebut sehingga menyebabkan pergaduhan. JPNT komited memastikan isu berbangkit dapat diselesaikan secara baik dan harmoni demi kesejahteraan murid, ibu bapa serta semua pihak terlibat,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, hantaran bapa mangsa yang mendakwa anaknya mengalami kecederaan akibat dipukul seorang murid lelaki sehingga terpaksa dirawat di hospital tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE
The post Dakwaan kes buli murid perempuan hingga masuk hospital disiasat appeared first on Kosmo Digital.